Memang tak dapat dinafikan tak semua ibu akan period (menstruasi) semasa menyusukan anak. Tapi, ada juga ibu yang datang period. Tak kisah la sama ada period atau tidak period, kedua-duanya adalah normal mengikut kondisi individu masing-masing.
Bagi ibu yang memerah susu untuk buat stok, memang terasa sangat bila kuantiti susu yang diperah tiba-tiba berkurang semasa period. Bagi ibu yang sentiasa menyusu secara langsung (direct feed) pula, dia akan rasa anak dia mengempeng lebih lama berbanding dengan hari-hari biasa. Sampaikan dia rasa penat sangat menyusu anak.
Setiap wanita mungkin mengalami pola pengurangan susu yang berbeza. Ada yang:
- susu berkurang beberapa hari sebelum period, dan kembali normal selepas hari ke 2-3 period.
- susu berkurang sebaik sahaja hari pertama period sehingga hari ke 3-4 hari period.
- susu berkurang sepanjang tempoh period.
Boleh lihat klip video ini untuk situasi yang lebih jelas:
Selain jaga pemakanan dan emosi, minum air mencukupi, dan jaga jadual pam dan penyusuan, antara ikhtiar lain adalah dengan mengambil suplemen.
Antara suplemen yang saya rekemenkan adalah:
1) Suplemen yang mengandungi kandungan "galactagogue" yang boleh banyakkan susu badan ibu. Contoh "galactagogue" termasuklah fenugreek, thistle dan alfalfa. Dalam Shaklee kita ada alfalfa complex. Jadi senang, telan je tablet tu.
2) Selain itu, suplemen kalsium atau magnesium dapat mengelakkan susu merudum teruk. Adalah normal pada sekitar waktu ovulasi tahap kalsium dalam darah adalah rendah. Jadi, suplemen kalsium atau magnesium boleh bantu menaikkan semula paras kalsium dalam darah.
Saya sangat mencadangkan suplemen ostematrix shaklee kepada ibu-ibu kerana suplemen ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D yang mana magnesium dan vitamin D sangat membantu penyerapan kalsium secara optimum.
3) Suplemen lain adalah protein ESP. ESP ini mempunyai kandungan glisemik indeks yang rendah. Jadi, ESP mampu memberi tenaga segera kepada ibu-ibu. Selain itu, protein ESP dapat meningkatkan jisim otot di mana otot dapat digunakan untuk memecahkan lemak dan seterusnya menghasilkan susu ibu.
Promosi Set Postnatal Shaklee |
Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saya seperti di bawah:
0 ulasan