FAQ (Kencing Manis dan Suplemen Shaklee)

By Huwaida - November 16, 2018

Soalan-soalan yang saya senaraikan ini adalah antara soalan kebiasaan yang ditanya tentang penghidap kencing manis dan suplemen Shaklee.

S : Bagaimana kalau seseorang itu sepatutnya perlu dicucuk insulin tapi dia tak nak cucuk insulin. Apakah  effect kepada dia?

J : Apabila insulin  tak dicucuk, kadar gula dalam darah akan tinggi. Gula yang tinggi dalam darah lagi berisiko untuk pesakit kena komplikasi lain seperti strok, kerosakan buah pinggang, buta dan gangren.

Ramai orang salah faham insulin adalah pengakhiran untuk kencing manis sedangkan insulin bertujuan untuk membantu kurangkan gula dalam darah dengan lebih baik dan cepat.


S : Kalau kulit jadi bertompok-tompok hitam tetapi tak gatal, adakah ianya salah satu tanda kencing manis?
J : Ya, ianya adalah salah satu akibat apabila gula terlampau tinggi dalam badan.


S : Saya baru disahkan kencing manis sewaktu mengandung. Bacaan gula waktu berpuasa adalah 4, tetapi selepas 2 jam minum air gula, bacaan naik sehingga 9.6. Jadi, saya mengambil set mengandung Shaklee. Akan tetapi selera makan saya berkurang. Saya cuma kerap membuang air kecil. Jadi, dari jenis pemakanan, saya patut lebihkan makanan yang berindeks glisemik rendah kan? Dan bagaimana saya perlu mengawal portion atau jumlah kalori yang saya ambil?
J : Ya, makanan berindeks glisemik rendah membantu untuk kenyang lebih lama. Protein juga perlu diambil untuk pembentukan bayi.

Berapa jumlah kalori yang perlu diambil adalah bergantung kepada berat badan dan rutin harian ibu. Selalunya ibu hamil disarankan untuk meningkatkan jumlah kalori sebanyak 300 kalori berbanding kalori yang sepatutnya diambil sebelum hamil. Namun, biasakan untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap adalah lebih selamat supaya gula dalam darah dalam keadaan terkawal.


S : Apa yg kita boleh cadangkan kepada pesakit kencing manis yang dalam pemantauan sebelum doktor decide untuk buat dialisis (means dia baru ada tanda-tanda untuk perlu didialisis). Sejak dia ada kencing manis bacaan gula dalam darah paling rendah adalah 10. Apabila kurang dari 10 badan akan jadi menggigil. Tapi apabila terlalu tinggi dia akan keletihan yang teramat sangat.
J : Apabila bacaan gula dalam darah sudah terbiasa tinggi, apabila bacaan turun bawah sikit daripada 10 pun pesakit akan rasa gigil seakan-akan kurang gula tapi sebenarnya tak. Memang keletihan adalah tanda gula tinggi. 

Apa yang boleh dicadangkan kepada pesakit adalah supaya dia mengubah cara pemakanan dan bersenam kerana senaman boleh memastikan insulin bekerja dengan lebih baik.


S : Suami kena kencing manis sejak 4 tahun lepas. Dia mula ambil insulin 5 bulan lepas tapi tak konsisten. Bacaan gula tinggi dan sekarang berat badan semakin susut. Dari 129 kg turun kepada 109 kg. šŸ˜©
J : Satu masalah pesakit kencing manis ialah insulin tinggi sangat tapi tak dapat diguna (kerintangan insulin). Bila dibagi insulin tujuan dia sama ada:
1. Untuk lebih banyak insulin jadi peluang untuk tindakan insulin lagi tinggi.
2. Sel yang buat insulin itu sudah rosak jadi insulin memang rendah.

Tapi adalah lebih baik ikhtiar untuk kurangkan kerintangan insulin itu dengan:
1. Vivix dan/atau suplemen berkaitan
2. Bersenam

Bagaimanapun, teruskan rawatan yang doktor bagi. Kalau doktor dah prescribed insulin, insulin la šŸ˜Š. Insulin sebenarnya sangat bagus kerana dia  terus buat kerja dia untuk kurangkan gula.

Manakala ubat cuma boleh rangsang insulin jadi sensitif atau galakkan pankreas untuk hasilkan insulin. Badan kita ni macam mesin. Kalau hari-hari kena paksa, memang penat. Adalah disarankan untuk ada alat bagi memeriksa bacaan gula dalam rumah. Supaya pesakit boleh laraskan jumlah insulin mengikut bacaan gula.

S : Kenapa ESP tidak membuatkan saya rasa lebih kenyang?
J : ESP sepatutnya beri rasa kenyang yang lebih lama kerana mempunyai indeks glisemik yang rendah. Walaupun begitu, cara bancuhan ESP juga perlu dilihat. Jika ESP sudah dicampur dengan jus atau bahan lain, kemungkinan indeks glisemik sudah menjadi tinggi dan menyebabkan rasa kenyang tidak lama. Bagi penghidap kencing manis, adalah lebih digalakkan untuk bancuh ESP secara 'plain'.


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan