PENAFIAN

Blog 'Nota Ibu' terinspirasi apabila saya mula bergelar seorang ibu. Seorang ibu merupakan seorang suri rumah, suri hati suami  dan suri rajuk anak-anak. Saya percaya, ilmu menguruskan rumahtangga, suami dan anak-anak bukannya dipelajari dengan mudah dan perlu dikongsi bersama.

Bagi saya, produk kecantikan dan kesihatan Shaklee dapat membantu banyak di kalangan kita untuk membuat pilihan produk penjagaan diri, rumah dan pakaian, dan juga produk kecantikan dan kesihatan yang selamat dan terbukti berkesan.

Oleh itu, saya menggunakan blog ini sebagai platform untuk menjalankan perniagaan secara online selaku pengedar SHAKLEE yang sah. Maklumat yang disalurkan berdasarkan pada info yang telus dari SHAKLEE dengan bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas kepada pengguna.

Saya dengan ini mengakui produk SHAKLEE tidak mempunyai unsur untuk merawat atau mengubati penyakit. Pengguna amat disarankan untuk membuat rawatan kesihatan dari pegawai kesihatan yang bertauliah jika mempunyai sebarang masalah kesihatan. Apa yang dicadangkan adalah makanan sampingan bagi mempertingkatkan tahap kesihatan.

Sebagai hamba Allah, kita perlu jelas bahawa kita perlu berusaha untuk mempertingkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan disamping berdoa semoga Allah akan mengurniakan kesihatan yang sejahtera dan menjauhkan atau menyembuhkan  kita dari sebarang peyakit.

Semoga apa yang saya cuba utarakan diatas tidak meletakkan diri saya sebagai pakar perubatan atau pemakanan tetapi lebih kepada hamba kerdil yang mahu menyumbang dengan berkongsi maklumat untuk menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat dan harmoni kepada semua.

  • Share: