Bermalam di Citadines DPulze Hotel

By Huwaida - Mei 02, 2018

Beberapa minggu yang lalu kami berkesempatan untuk bermalam di Citadines DPulze Hotel, Cyberjaya. Bila jejakkan kaki di hotel tersebut, saya ambil masa untuk capture beberapa gambar di persekitaran bilik hotel yang kami diami. Memang niat saya pada masa itu supaya saya boleh masukkan dalam blog dan ianya dapat menjadi kenangan buat kami dan memberi gambaran kepada mereka yang ingin menginap di sini.

Bagi saya, bilik yang kami diami sangat selesa, dan kelengkapan yang ada mencukupi sebagai tempat penginapan. Terdapat sedikit ruang untuk solat. Kelengkapan menggosok baju yang lengkap. Terdapat juga ruang dapur mini yang mempunyai sinki, dapur masak, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk mini. Bagi bilik yang mempunyai katil bersaiz queen, kelengkapan sebegini agak mewah dan harga RM160 adalah berbaloi kerana sarapan juga disediakan.


Katil serta almari yang agak besar. Bilik juga menghadap pemandangan luar bandar cyberjaya.

Sofa juga sangat selesa. Disertakan juga coffee table. Ruang tamu minimalis yang selesa bagi kami bertiga.

Ruang tandas yang selesa dan lengkap.

Ruang mandi juga sangat selesa.


Ruang tamu dan ruang dapur minimalis yang lengkap.
Hotel ini terletak dalam shopping mall. Sangat mudah untuk pergi membeli belah atau menonton wayang. Dan bagi setiap penghuni bilik hotel, kami diberi kelebihan untuk membeli di outlet-outlet tertentu dengan harga diskaun. Untung bagi mereka yang sememangnya memasang niat untuk membeli-belah di mall ini.

Antara kelebihan menginap di hotel ini.
Kami sekeluarga sememangnya tidak pernah merancang dengan teliti outing kami. Apabila dapat menempah hotel saat akhir pada harga yang tidak terlalu murah, dengan hotel yang mempunyai kelengkapan mencukupi dan selesa, syukur Alhamdulillah. Semoga pada kali yang lain kami dapat merancang outing kami dengan lebih teliti dan terancang. Amiin Ya Mujib.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan