Dia Sebatang Pensel

By Huwaida - Jun 19, 2011


Tatkala dia tahu dia hanya sebatang pensel,
Dia berasa sangat gembira,
Dia berasa sangat bersyukur,
Kerana selepas ini kerjanya hanyalah membuat bakti,
Dia berbakti tanpa minta dibalas,
Dia berbakti tanpa bersyarat.

Sepanjang bertugas sebagai sebatang pensel,
Dia berasa bertambah gembira,
Apabila pertolongannya diperlukan,
Apabila bantuannya memudahkan penggunanya,
Apabila bantuannya tidak mengecewakan.

Dia sebagai sebatang pensel,
Tidak pernah gentar untuk membuat kesalahan,
Kerana dia yakin pemadam akan memadam setiap kesalahannya,
kerana dia percaya dia mampu untuk membetulkan kesalahan itu,
Begitulah dia sebagai sebatang pensel.

Namun sebagai sebatang pensel,
Dia perlu sedar,
Bahawa ada sesuatu yang perlu dia korbankan untuk memenuhi tugasnya,
Ada sesuatu kehilangan yang perlu dia tempuhi,
Mungkin sampai ke akhirnya dia bisa terkorban.

Tapi,ternyata dia bukanlah sebatang pensel yang biasa,
Dia redha untuk membuat pengorbanan,
Dia ikhlas melakukan tugasnya,
Dia tidak pernah gentar tentang nasibnya,
Kerana dia yakin hidup berjasa lebih bermakna baginya,
Oleh itu,
Sampailah sekarang hingga ke akhirnya,
Dia masih mahu menjadi sebatang pensel.

-18 Rejab 1432H-

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan