"Wahai sayap kiri perjuangan...Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu..Dan janganlah engkau sesekali merendahkan dirimu..Menggugurkan diri..Menyembah tanah..Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu.."
-Status terakhir adindaku di laman facebooknya.-
Pertama kali berjumpa adalah semasa sesi temuduga junior-junior untuk jawatan 'Welfare Bureau of PRESSS'. Mungkin semasa itu, diriku masih tidak begitu mengenali dirinya. Kami mula bermesej bilamana 'AGD PRESSS' hampir tiba. Mungkin dia agak berdebar untuk bermanifesto pendek pada AGD itu nanti. Banyak soalan yang ditanyakan kepadaku.Selepas AGD itu berakhir,dia tidak terpilih untuk jawatan 'ASST HEADCOMM WELFARE'. Tapi, kami telah memilihnya untuk menjadi setiausaha.
Dia seorang yang sangat ceria dan selalu tampak cergas. Hampir setiap malam dia akan mesej untuk ucapkan selamat malam. Walaupun ucapan itu nampak ringkas, tapi katanya dulu, baginya ia amat bermakna. Pernah sekali diri ini membalas mesej itu pukul dua pagi lebih kerana ada assignment yang masih belum disiapkan. Aku tidak sedar yang tindakan ini telah membuatkan dia risau. Dia terus membalas mesejku untuk bertanyakan khabar.hehe. "Terima kasih adindaku sayang."
Dulu, setiap kali pergi melawat biliknya, dia mesti akan tercari-cari makanan untuk menjamuku. Ingat lagi, pernah sekali, tinggal hanya sebiji pisang dibiliknya. Tapi,dia tetap mahu memberinya padaku. Manisnya pisang tu. Habis sahaja pisang itu aku jamah, terasa ingin lagi satu. Acap kali jugak selepas itu aku bertanya teman-teman sebilikku, dimana lagi pisang ada terjual? Sampaikan ada yang bertanya, "Waida suka makan pisang erk?" Masa tu, tak tahu bagaimana harus ku jawab. Sebab musababnya seperti ada yang tidak kena.hehe. "Terima kasih Atim. Sebenarnya, sampai hari ni, kak Waida tak jumpa-jumpa pun pisang yang macam Atim bagi dulu"
Apabila diriku telah berhijrah ke Kampus Kuantan, lama rasanya kami tidak berhubung. Tapi, jauh disudut hatiku, aku menunggu dia untuk berjumpa di Kampus Kuantan. Tak sampai sebulan lagi masanya. Namun Allah lebih menyayangi hambaNya itu.
"Fatima Zurwanti bt Zukifly telah pulang ke Rahmatullah jam 2.10pm 16 Jun 2010,4 Rej 1431H. Sama-sama kita berdoa agar Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.Al-Fatihah."
-Innalillahi Wainna ilaihi Rajiuu'n-

Alhamdulillah..akhirnya...
Ya Allah, aku bersyukur padamu Ya Allah..
Sesungguhnya, tiada apa pun yang layak diterima oleh hambamu ini.
Namun, atas sifat Ar-RahimMu, Kau murahkan juga rezkiku..
ALHAMDULILLAH...;)
-30 Jamadil Akhir 1431-

Beramalah kalian untuk akhirat kalian! Karena sesungguhnya barangsiapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah akan mencukupi untuknya perkara dunianya. Perbaikilah amalan-amalan hati kalian, niscaya Allah akan memperbaiki amalan-amalan lahir kalian. Perbanyaklah mengingat kematian dan persiapkanlah bekal dengan sebaik-baiknya untuk menempuh perjalanan akhirat sebelum datang kepada kalian pemutus dan penghancur segala kelezatan (kematian).
(Umar bin Abdul Aziz)

Post kali ini bukanlah lebih kepada satu peringatan. Tapi lebih dekat untuk dikatakan satu luahan rasa. Baru semalam ada benda yang dinanti-nanti oleh diri ini telah berlaku. Bezanya, benda itu bukan berlaku seperti yang diharapkan. Tiba-tiba, diriku keliru. Adakah apa yang berlaku ini betul? Atau mungkinkah apa yang difikirkan oleh diri ini lebih perlu diutamakan?
Diri ini tak langsung resah atau gelisah bahkan tidak langsung merasa ragu untuk mengikut apa difikirkan, apa yang sedang dirasai oleh hati. Tapi, diri ini tiba-tiba rasa rindu kepada Rabbnya. Terasa ingin semakin hampir kepada Rabbnya supaya apa yang dia telah lakukan adalah bertetapan dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Rabbnya kepada dirinya.
Ya Allah, kerdilnya diriku ini Ya Allah. Aku mula merasakan hati ini mula tersiksa bilamana diriku jauh denganMu. Tersiksa bilamana hari-hariku yang sedang aku redahi, hari-hariku yang telah lepas dan hari-hariku yang akan datang, adakah setiap langkahku diredhaiMu Ya Allah? Wahai Tuhanku, kau ampunilah dosaku. Kau tsabitkanlah diriku kepada agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Ya Allah, biarlah hari-hariku selepas ini hadir dengan keredhaanMu. Aku buntu, Ya Allah, bilamana aku jauh denganMu. Bantulah hambaMu ini, Ya Allah. Rabbi Yassir Wala Tua'ssir~

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
~Khaibar, Khaibar Ya Yahud..Jaisyu MUHAMMAD Saufa Yau'd~