Today is a GIFT

By Huwaida - September 26, 2017



Alhamdulillah thummalhamdulillah....

Allah masih memanjangkan umur saya. Semoga dengan umur yang masih berbaki entah berapa lama ini, saya dapat memberi manfaat buat orang sekeliling saya. 😉

Sebenarnya, dah lama dah tinggalkan dunia blog ni. Dah la facebook pun lama dah tak aktif. Orang lain semua dah macam bergerak maju ke hadapan. Tiba-tiba rasa macam saya masih statik berada di tempat yang sama.

Sempena perubahan yang akan saya buat selepas ini, post ni saya nak jadikan sebagai 'intermediate' post antara post saya zaman remaja dulu dan zaman dewasa saya sekarang. Haa..gitu...😆

Sebenarnya, saya 'invisible'kan blog saya ni pada tahun 2012. Sebab apa??? sebab tak sempat nak update blog. Sebab masa tu tiba-tiba kena jadi Setiausaha untuk Academic Based Society pastu sambung pulak time final year study kena buat final year project, pastu sambung master, pastu kawen, mengandung dan sekarang alhamdulillah dah jadi ibu (Asmaa 119 hari).👪

You know what?? Bila bukak semula blog ni. Pastu baca semula apa yang saya dok mengarut time dahulu kala, rasa kelakarnya dan yang penting rasa macam 'I already grown up' sebenarnya. Jadi, sapa yang dalam ni dok godek-godek post lama saya, abaikan kesilapan tatabahasa, dan struktur ayat yang saya buat. Seriously, banyak kowt mistakes. 😅😅

Walaupun boleh diperbetulkan, saja saya tak mau betulkan, biaq benda ni jadi kenangan lalu (chek oqang kedah, nak habaq bagi)..ecece..

Ini blog zaman remaja-remuji dulu
Ni zaman-zaman yang kalau boleh tak mau exposed diri sangat kat public. Start buat blog pun sebab ada university course yang suruh buat blog. Asrarinnujum tu maksudnya 'rahsia-rahsia bintang'. Nampak tak perahsianya saya.😳

Ini blog sebelum sekarang

Ini blog terkini..😅
Haaa..La ni saya nak menjadi wanita yang dapat memberi sumbangan kepada wanita-wanita lain, insyaAllah. Ada ja benda yang kena rahsiakan. Tapi, kalau ada benda yang kita boleh kongsi, kita kongsi.

Setakat ni dulu untuk post kali ni. 👋

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan