Alhamdulillah...Akhirnya, diri ini mampu menjejaki Ramadhan kali ini. Walaupun tiada lagi jaminan bahawa diri ini mampu berada dalam bulan ini selengkapnya, hati ini tetap bersyukur. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami,rahmatilah kami dan jauhkanlah kami dari siksaan api neraka. Ya Rabbi, Kau kurniakanlah kami hidayahMu. Moga-moga, Ramadhan kali ini mengajar kami,mendidik hati-hati kami dan memberi makna kepada kami. Kau berkatilah kami untuk Ramadhan kali...
20 Sya'ban 1431H... Lebih kurang 10 hari lagi Ramadhan bakal menjelma. Adakah diri ini masih berkesempatan menemui Ramadhan yang akan datang. Allahumma Balliqni Ramadhan, Allahumma Balliqni Ramadhan, Allahumma Balliqni Ramadhan. Banyak pendapat yang menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan di mana syaitan-syaitan diikat. Ramadhan adalah bulan di mana setiap dari kita berpeluang melawan hawa nafsu sendiri 'one by one'. Sejauh manakah kita boleh...