Kalau Shaklee The Best, Kenapa Ada Haters?-Sebab #3

By Huwaida - April 03, 2018

[Dari iReach]

#3 Ego Acah-acah Pakar



Dalam banyak-banyak, slide #3 ni yang paling menghiburkan. Menghiburkan kerana, tatkala mereka rasa diri tu tere (hebat), mereka tak sedar, apa yang mereka buat hanya memalukan diri sendiri saja. 


Nak buat macam mana? Lain orang lain tahap kecerdikannya.

Sebelum itu, ada empat golongan yang akan admin cuba jelaskan,

(1) Geng Asal Bukan Shaklee (ABS)
(2) Doktor Perubatan vs Nutritionist
(3) Dongeng Popular “Ex-Shaklee”
(4) Keyboard Warrior Yg Ketagih Popular

Baru baca sub-topik pun dah rasa terhibur kan? Usah buang masa, mari kita buat senaman muka. Senyum ke telinga sambil membaca.

(1) GENG ASAL BUKAN SHAKLEE (ABS)

5-7 tahun lepas, semasa kebanyakan Masters Coordinators hari ini baru mula berniaga Shaklee, mereka teruk dihentam tentang hal ehwal penyusuan oleh sekumpulan “pakar menyusu” masa tu.

Propaganda utama mereka “lumrah menyusu adalah semulajadi. So, ibu menyusu tak perlukan pemakanan tambahan. Lebih-lebih lagi pemakanan tambahan Shaklee”.

Padahal, apa yang tidak semulajadinya Shaklee ni? Kan dah dijamin 100% semulajadi.

Ironi, orang yang mengeluarkan propaganda tersebut, menjual milk booster di kedai-kedai mereka. Pemakanan tambahan Shaklee tak boleh. Tapi pemakanan tambahan milk booster mereka tidak mengapa. Inilah double standard mereka.

Walaupun milk booster yang dijual semestinya tiada clinical study, siap ada yang made in China lagi, mereka boleh suruh ibu menyusu untuk ambil milk booster tersebut untuk tingkatkan jumlah susu.

Asalkan, Bukan Shaklee.

Contoh lain,

- peniaga Shaklee selalu dituduh “jangan menjual dengan testimoni saja”. Tapi dia punya wall penuh dengan “ha, tengok customer produk saya. Sejak guna telekung ABC solat lebih khusyuk” itu tidak mengapa.

Asalkan, Bukan Shaklee.

- peniaga Shaklee selalu diperli “nak beribadah jangan sebab jualan". Tapi dia share di wall “mulakan urusan dengan dhuha. Baru rezeki mudah datang” tiada apa yang salah dengannya.

Asalkan, Bukan Shaklee.

Admin pun tak faham, kenapa nak racist sangat dengan Shaklee? Kalau cemburukan bonus kami yang besar, kan lebih bijak kalau sertai kami saja. Betul-betul tak faham dengan geng ABS macam ni.

(2) DOKTOR PERUBATAN vs NUTRITIONIST

Doktor perubatan pakar & berpengalaman memang terbuka untuk menerima vitamin. Malah, memang mereka amalkan vitamin pun setiap hari. Contohnya doktor ini, http://bit.ly/2s87mHX & doktor inihttp://bit.ly/2sxnL6d. Yang tak berapa pakar ni yang suka melebih-lebih.

Punyalah nak tunjuk tere, dah diberikan bukti saintifik pun masih mampu nak keraskan kepala menidakkannya. Kalau rasa pendapatnya betul, kenapa tidak buktikan dalam bentuk jurnal? Transparent & Pro.

Ini tidak. Satu habuk jurnal pun tak pernah publish. Tapi berlagak macam “seluruh jurnal di dunia & akhirat, ana yang punya”.

Ada banyaklah cerita bagaimana mereka ambil kesempatan atas popularity Shaklee untuk tumpang glamour.

Enam tahun lepas, ada satu Doktor N explain panjang lebar “kenapa ibu menyusu tak perlukan vitamin”. Pengedar Shaklee pun bidas setiap satu hujah yang dilontarkan kenapa explanation beliau salah. Nak tahu apa jadi? 2017 ni masuk tahun ke-6 semua pengedar Shaklee tunggu respon beliau.

Enam tahun senyap begitu saja.

Contoh lain, ada pesakit yang dimasukkan ke hospital. Pesakit tersebut kemudiannya disoal apa yang dimakan sepanjang 24 jam lepas. Kebetulan, salah satunya ialah vitamin Shaklee.

Bila ada saja perkataan “Shaklee” di situ, terus mereka fitnah Shaklee di Facebook “Shaklee ni tak bagus”, “Shaklee ni sekadar testimoni”, “aku dah cakap vitamin tak perlu”, dsb. Nasi goreng, kari ayam, kuih bangkit & milo ais yang pesakit tu telan sepanjang 24-jam tu, tidak pula diviralkan?

Vitamin Shaklee yang dia makan pun dibawa ke makmal. Nak sahkan jika benar ada bahan yang menyebabkan penyakit. Selesai kajian makmal, vitamin Shaklee disahkan bukan punca penyakit pesakit tersebut. Tiba-tiba, semua doktor tu menyepi.

Tiada satu pun yang say “sorry”.

Bukan sekali, tapi berkali-kali. Kadang-kadang tu, doktor sama yang lemparkan tuduhan sebelum ini, pun nak fitnah semula. Pantang nampak “shaklee” di fail pesakit, terus viralkan di Facebook. Sudah lah langgar Akta Privacy, bila dah dibuktikan makmal yang ianya selamat, sama juga tiada “sorry”.

Tidak beretika langsung.

Contoh terkini, viral kes Doktor H yang keluarkan statement “supplement buat buah pinggang rosak” dengan menggambarkan ‘Shaklee lah supplement itu’. Bila pengguna Shaklee buktikan result buah pinggang normal, walaupun menggunakannya setiap hari sejak 4 tahun lepas, http://bit.ly/2qUVfhy , macam biasa,

...Doktor tu membisu tanpa “saya sorry ya”.

Nak delete post, orang dah viralkan.

Mana nak sorok maruah kemaluan?

Bukan tujuan admin nak merendah-rendahkan kerjaya doktor perubatan. Dr Forrest Shaklee pun pernah cakap “I never belittle the medical profession but we are in two separate fields of endeavor. They are trained to treat disease and I’m interested in building health”.

Malah, doktor perubatan lah yang memiliki status sosial paling tinggi dalam masyarakat. By default, orang awam lebih mudah memenangkan mereka berbanding profession lain kalau ada apa-apa.

Cuma, kalau nak cakap apa-apa atas capacity seorang doktor, lebih-lebih lagi di media sosial, biarlah dibuktikan secara clinical dulu. Bukan ‘clinical observation’ tau, tapi clinical study. Melainkan, memang sengaja nak malukan diri sendiri.

Contohnya Doktor R ni pula. Boleh dia cakap atas capacity seorang doktor perubatan yang “lulus KKM tidak bermaksud tiada masalah”. Habis tu, vitamin yang Klinik Kesihatan bagi tu membahayakan ke? Dan ubat yang hospital bagi tu buat rosak buah pinggang?

Bayangkan, kalau ada pesakit yang gunakan print screen sebegini untuk elak rawatan hospital. Dan, memang dah ada pun yang buat. Siapa yang nak bertanggungjawab? Jangan nak tuduh penjual vitamin yang suruh “jangan jumpa doktor” pula.

Begitu bahaya bila doktor perubatan lemparkan pendapat peribadi tanpa bukti saintifik yang mengundang salah faham public.

Untuk kes salah laku & salah guna kuasa macam ni, KKM memang pejam mata saja ke? Atau, perlu ada ‘homework ramadhan’ report kes salah laku baru KKM nak pecat & gantung lesen perubatan mereka sampai bila-bila?

Lagi satu penyakit golongan ini, tak mahu dengar apa pun penjelasan Nutritionist. Kata mereka, “tak boleh pakai sebab bias jual vitamin”.

Susah sangat ke nak hormat kerjaya lain sebagaimana mereka hormat profession doktor dengan tidak menuduh “doktor memang penipu sebab sengaja nak orang sakit. Kalau semua sihat, doktor tiada duit”?

Tak boleh ke nak hadam dulu apa hujahnya? Lepas tu kalau tak setuju, bagitahu secara terperinci, bukti saintifik mana satu yang nak dibangkang sebenarnya? Bukan main blanket “vitamin tak guna”.

(3) DONGENG POPULAR “EX-SHAKLEE”

Ini memang cerita sensasi. Sebab, lumrah manusia sukakan “cerita dalam kelambu”.

Dalam semua organisasi, pasti ada “bottom 10%”; sama ada staff yang paling tak perform atau dah perform tapi ada masalah attitude/disiplin yang langgar peraturan. Di sesetengah organisasi, bottom 10% ni memang akan dibuang kerja. Selain membazir gaji, buat pening kepala je kalau peram lama-lama.

Begitu juga pengedar di Shaklee. Ada “bottom 10%” yang terdiri daripada yang suka langgar peraturan & ada juga yang memang tak perform pun. Akibatnya, yang langgar peraturan, ditamatkan keahlian. Yang tak perform pula, mula rasa terpinggir & salahkan bisnes Shaklee sebagai punca.

Pengedar lain, OK je.

Malangnya, cerita orang “bottom 10%” ini lebih mudah tersebar berbanding cerita pengedar “top 10%”. Biasalah, orang memang suka cerita negatif. Lebih ada perisa bila ada faktor emosi (contohnya dituduh “tak mengenang jasa” lah) & diselitkan unsur agama (contohnya “nama je solat dhuha”).

Apa yang dia sorokkan dalam perkongsiannya, dan semestinya dirahsiakan sampai bila-bila, bagaimana dia membelakangkan ahli kumpulan dalam membuat keputusan, bagaimana dia mengaibkan ahlinya sendiri depan ahli yang lain & bagaimana dia lontarkan macam-macam fitnah tanpa usul periksa.

Terang tang tang itu hasutan pihak ketiga.

Maaf, tak tergamak nak meneruskannya.

Cuma admin nak jelaskan,

- Shaklee tak pernah menjual, menghadiahkan atau sponsor produk expired. Kalau ada yang dapat produk expired, boleh laporkan ke pengurusan Shaklee. Supaya siasatan & tindakan tegas boleh diambil.

- Vitalea memang mengandungi beberapa vitamin & minerals. Tapi ada kalanya badan kita memerlukan lebih dari itu. Sebab tu disediakan macam-macam set (gabungan beberapa vitamin) untuk memudahkan pelanggan buat keputusan. Kalau pengedar tu rajin ke kelas Shaklee, pasti tahu.

- Setiap dose yang dicadangkan memang tertulis pada botol & atas nasihat nutritionist. Tapi ada pengedar yang malas ke kelas, malas membaca & malas nak libatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Di situlah lahirnya pengeder blur yang suka viralkan salah faham Shaklee tu.

Cukuplah anda tahu bahawasanya, mereka yang tak mahu bertanya kalau tak tahu & takut laporkan ke pengurusan Shaklee kalau terdapat salah laku saja yang suka viralkan kisah Shaklee ke luar. Bagi feedback berdepan pengecut, cerita ke luar bukan main.

Apa lagi kalau bukan untuk menagih simpati & mencari popularity?

Do what is right, not what is popular

(4) KEYBOARD WARRIOR YG KETAGIH POPULAR

Cara keyboard warrior bekerja ni semudah, google apa-apa maklumat, baca dalam 10-20 artikel setiap topik, dan terus buat kesimpulan sendiri. Contohnya, artikel “detox hanya hype & membahayakan”.

Apa yang mereka tak tahu ialah, hasil carian yang mereka jumpa tu cuma yang paling popular, bukan yang paling betul pun sebenarnya. Buktinya, Shaklee memang ada clinical study (Safety, tolerability and efficacy of a 7-day cleanse program) yang membuktikan Detox (cara Shaklee) selamat & menyihatkan.

Google cuma bagi raw data. Perlukan akal yang bijak untuk memprosesnya.

Pernah dengar Saintis Nobel Prize Winner cakap “saya research di Google saja”? Sebab itu, Saintis keyboard warrior takkan mampu hasilkan apa-apa.

Itu keyboard warrior yang solehah.

Kalau jenis maki hamun, lain pula.

Jenis maki hamun akan korek random post mana-mana status, kemudian suka hati label “scam”. Admin boleh bayangkan, riak wajah yang konon-konon berjaya “expose”. Sure tengah kembang hidung kebanggaan “yes, aku berjaya buat expose yang orang lain tak berani/pernah buat”.

After all, itu lah motivasi keyboard warrior.

Apa yang admin tak dapat bayangkan ialah, wajah orang yang sama bila setiap hujah yang dilontarkannya sebelum ini, dipatahkan setiap satu. Hingga akhirnya, terbukti, mereka sebenarnya yang salah. Habis merah, blushing, kemaluan seorang diri masa tu.

Mereka nak minta maaf? Jangan harap!

They are so proud of being stupid.
And honoured the world know about it.

Bila dah kalah, mula lah attack peribadi.

- dah tak tahu nak kutuk produk Shaklee, mula lari menyerang pengedar. Siap PM dengan mencarut macam-macam sambil disertakan gambar lucah.

- bila diberi penjelasan ‘rujuk doktor kalau sakit’, mereka tuduh “damage control” & “sebagai lifeline” saja. Padahal, dari dulu memang sudah dinasihatkan sebegitu.

- bila tak bersetuju dengan penjelasan doktor, mula fitnah “doktor tu tidur dalam kelas, tu yang tak belajar nutrition”. Padahal, doktor memang tak belajar subjek nutrisi extensive macam graduan nutrition pun.

Admin tengah tunggu mereka nak cakap “Saintis PhD Nobel Prize Winner ni tak boleh pakai sebab tak pakai tudung”. Tak sabar nak simpan print screen tu buat kenang-kenangan & frame di wall of shame. Bukti pejuang sains kononnya tapi kalah berdebat secara ilmiah akhirnya.

Inilah standard keyboard warriors yang dianggap memperjuangkan sains. Sains dapat D masa sekolah agaknya. Dalam pada tu, ada juga hardcore follower yang naif menyokong mereka. Admin jangka, Matematik follower dia tu E.

Tu yang kurang cerdik nak bezakan fakta dengan propaganda 😜.

Admin cuma simpati pada orang umum. Mereka sangat innocent & sangat lemah untuk membezakan, mana satu viral penipu dengan mana satu yang proven science. Kebanyakkannya hanya berkiblatkan jumlah likers untuk buat keputusan.

Tapi apa nak buat, inilah kesan sampingan Internet.
Yang salah dianggap benar, hanya sebab popular.

Dalam banyak-banyak, keyboard warrior ni yang paling suka putar belit fakta demi memanipulasi persepsi orang ramai. Tanpa sebarang responsibility & accountability, mereka manipulasi kisah geng Asal Bukan Shaklee, kisah doktor & kisah ex-Shaklee untuk sebarkan propaganda mereka.

Admin juga simpati pada followers yang terjerat dalam perangkap mereka. Mulanya bangga tolong tokok tambah, sampai akhirnya terjebak dalam macam-macam fitnah. Bila dah jadi kes polis, baru sedar “alamak, aku dah silap share sebenarnya”.

Apa yang keyboard warrior ni buat masa tu?

Agak-agak, mereka nak tolong jelaskan pada anggota polis ke? Kalau dah dipecat nanti, agak-agak keyboard warrior ni nak tolong defend depan pengarah KKM ke? Nak tahu exactly apa yang keyboard warrior ni cakap?

“dengan si penakut boleh lah”

Tiada semangat sisterhood langsung.

Masa diberi info, bukan main diangkat sebagai hero “doktor ini boleh percaya. lain-lain doktor mangkuk ayun saja”. Tapi bila melarat jadi apa-apa, terus dituduh “penakut”. Betul-betul “habis madu sepah dibuang”.

Janganlah terperdaya dengan komen atau jumlah share/likers. Sebab itu semua dari fake account yang mereka sendiri cipta. Sengaja buat fake account supaya post mereka nampak meriah.

Apapun, Shaklee cuma berminat dengan hujah sains.

We dont hit hard, we educate with facts.

Always

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan