Redha Qada & Qadar Bukan Alasan Untuk Malas Berusaha

By Huwaida - Mac 06, 2018


Dah berapa hari cerita tentang YOUTH, hari ni saya nak kongsikan sedikit perkongsian dari iReach Shaklee.


Takdir ada 2 jenis:

(#1) Takdir pilihan tuhan, bukan pilihan kita. Contohnya, ditakdirkan lahir sebagai rakyat Malaysia, bukan orang London. Lagi, takdir hidung pesek & kembang, tak mancung macam Shah Rukh Khan. 


(#2) Takdir yang kita sendiri cari pasal. Contohnya, gagal exam kolej sebab kita tak study dan siapkan assignement. Contoh lain, bisnes terus lingkup sebab tak urus kewangan dan tak buat marketing.


Jangan keliru antara keduanya. Jika keliru, kita akan berakhir dengan sikap menyalahkan tuhan atas sesuatu yang kita sendiri pilih. Jika ada mentor, untung. Mentor boleh tolong tegur. Tapi kalau bisnes sendirian, nahas.

Sikit-sikit, salahkan takdir.

"...nak buat macam mana kak, rezeki saya dah tertulis sebegini saja". Padahal, share sekali habuk pun tak tak pernah. Kalau ada sekalipun, sekadar copy & paste saja. 

"...memang dah nasib saya kak, miskin begini. Ada RM100,000? Saya nak pinjam. Esok bayar". Nak tak miskin macam mana kalau usaha malas? Ingat yang kaya tu bangun tidur, terus jutawan?

"...OK la ni mak, matematik saya 27%. Orang lain lagi teruk, 5% je mak". Pang! Pandai pula tempeleng anak kalau dia bagi alasan sebegini. Sebab kita tahu, dia memang tak siapkan homework matematik pun.

Ya, benar.

Tuhan menyuruh kita sentiasa bersyukur. Sebab, sesusah mana pun kita, pasti ada yang lebih susah lagi. Di sini, Tuhan nak kita belajar terima takdir yang DIA dah tentukan; yang #1 tu tadi.

Tapi, Tuhan tidak mahu kita malas cuma mengharapkan bantuan orang. Sebab DIA juga dah beri nikmat pada kita (ada akal, cukup anggota, dan sebagainya). Yang kita pilih untuk tidak gunakan sebaiknya tu, kenapa?

Jadi, jangan sesekali menyalahkan takdir kalau kita belum cukup berusaha. Sales masih belum sejuta? Pastikan usaha semacam sales RM5 juta. Lambat laun, Tuhan pasti berikan hasil sewajarnya. Sebab, Tuhan itu Maha Adil.

LIKE & Follow IREACH untuk #TipsMotivasi


Semoga bermanfaat.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan