Kehamilan dan Suplemen: Pengalaman Saya

By Huwaida - Mac 14, 2018

Sebelum ni saya ada ceritakan kisah alahan yang saya alami sepanjang kehamilan. Klik SINI untuk baca celoteh saya. Untuk entry kali ini saya nak ceritakan suplemen yang saya ambil sepanjang mengandung. Sebenarnya selepas keguguran, saya memang berpantang dengan suplemen Shaklee. Jadi, stok vitamin Shaklee memang sedia ada di rumah saya. Boleh baca kisah keguguran saya di SINI.

Jadi, apabila mengetahui saya hamil, memang saya terus makan vitamin C dan B-Complex yang juga mengandungi Asid Folik. Suplemen yang lain saya hentikan dulu. Untuk kandungan kali ni, saya dan Hubby buat keputusan untuk pergi daftar mengandung pada bulan ketiga kehamilan. Dah pandai kira kan umur kandungan. Hihi. Tapi, kami ambil keputusan untuk cuba buat checkup di klinik swasta terlebih dahulu.

Sebab rasa macam tak percaya saya hamil dan agak trauma daftar awal di klinik kerajaan. Tapi, tidak menjadi masalah sebenarnya daftar awal. Saya mungkin trauma kerana selepas daftar sebelum ni, saya mengalami keguguran. Alhamdulillah, bila check di klinik swasta, doktor mengesahkan janin saya mempunyai degupan jantung yang sihat melalui ultrasound scanning

Kali pertama pergi daftar untuk buka buku merah, memang nurse ada tanya saya samada saya ada mengambil sebarang suplemen. Saya jujur bagitau yang saya ambil suplemen Shaklee. Jadi, dia hanya bekalkan suplemen Ferrous Fumarate dan Asid Folik serta garam beriodin. Biasa la suplemen Shaklee ni dah lama dan diketahui umum. Nurse cuma nasihatkan untuk mengambil air yang mencukupi.

Kali seterusnya bila saya pergi klinik, saya diperiksa nurse yang lain, jadi dia terus bekalkan dengan suplemen yang sepatutnya. Saya sebenarnya agak trauma dengan keguguran, jadi walaupun saya tahu yang suplemen Shaklee adalah lebih organik dan selamat, saya tak nak ambil apa-apa risiko. Walaupun keguguran yang sebelumnya bukanlah disebabkan suplemen. Klinik bagi A, A la saya. Saya tak banyak membangkang. Jadi, bulan yang seterusnya saya banyak mengambil suplemen dari klinik. 


Bila sampai trimester kedua, abang kandung dan kakak ipar saya cadangkan untuk ambil omega 3 untuk perkembangan otak janin. Saya kan pada waktu tu agak blur sebab sangat trauma dan saya jadi lebih berjaga-jaga. Jadi, saya terus beli omega 3 dengan jenama yang mereka cadangkan. Tak terfikir Shaklee pun ada omega 3 iaitu Omega Guard. 

Omega Guard Shaklee yang saya ambil selepas bersalin lagi best sebenarnya daripada jenama yang sebelumnya kerana kurang berbau. Ibu mengandung kan hidung sensitif. Insya Allah untuk kandungan yang seterusnya saya akan ambil omega 3 dari Shaklee yang lebih selamat kerana diproses melalui proses penyulingan 3 peringkat. Jadi, minyak ikan yang terhasil sudah dinyah buang sisa pencemaran yang mungkin terdiri dari merkuri dan logam berat lain.

Pada waktu tu juga, stok ESP masih ada di rumah, tapi tekak saya tak boleh terima minuman serbuk yang dibancuh. Susu kambing atau susu Anlene yang abang belikan pun saya tak boleh minum. Rasa terlekat kat tekak. Jadi, memang kena beli freshmilk atau susu kotak yang lain.

Apabila dah sampai ke pengakhiran trimester ketiga, saya banyak mengalami kejang kaki. Hampir setiap malam tau. Jadi, saya buat keputusan untuk membeli Ostematrix Shaklee. Lagipun, memang dah nak menghampiri tarikh bersalin. Jadi, beli la set berpantang yang juga mengandungi Osteomatrix. Alhamdulillah, saya balik kampung hampir sebulan awal. Sepanjang berada di kampung saya tidak mengalami sebarang kekejangan kaki.

Memang risau juga sebelum balik kampung. Sebabnya selalu malam bila dengan abang, abang yang akan urutkan bila kejang. Nanti kalau balik kampung dan tidur seorang, memang tak kan la nak kejutkan mak kat bilik lain. Tengah kejang dan sakit, mana larat nak jerit. Ini saya la. Jadi, saya cuba ambil Ostematrix dari sebelum pulang kampung lagi. Alhamdulillah menjadi. Setiap kali saya ambil Ostematrix, memang saya tak kan kejang kaki waktu tidur malam.

Alhamdulillah, apabila selamat bersalin anak sulong, rasa hilang trauma keguguran yang sebelumnya. Jika diberi keizinan Allah, seboleh-bolehnya saya mahu mengamalkan suplemen kehamilan Shaklee sepenuhnya pada kandungan akan datang. Bukan apa, apabila saya menjadi SID sekarang, baru saya tahu suplemen Shaklee lebih organik dan selamat.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan