Berani Berimpian

By Huwaida - Mac 08, 2018


Bagaimana nak buat impian anda jadi kenyataan? 

Seringkali kita dengar orang tanya impian menjadi 'push factor' seseorang itu berjaya. Tapi bagaimana cara betul kita nak berimpian? Seringkali kita berimpian tapi akhirnya gagal capai. 

Jadi di sini iReach ada kongsikan bagaimana cara betul nak berimpian? 

1. Tulis impian anda. Adakan satu buku khas untuk impian anda sahaja, mulakan dengan 101 impian dari sekecil-kecil impian sehingga sebesar-besar impian. Bila rasa teringin nak sesuatu tulis lagi dan tulis lagi. 

Bila kita tulis dalam buku, tanda kita betul-betul nak dan terus sampai ke otak dan disimpan. 

Kekuatan dari impian yang bertulis membuatkan anda dekat dengan goal anda dan ada gambaran yang jeles tentang apa yang anda inginkan. 

Jadi otak akan mencari jalan bagaimana untuk membuat impian anda tercapai 

2. Tips apa nak tulis dalam buku impian. "saya nak tulis impian tapi tak tau macamana nak mulakan". Mudah je mula2 muka surat pertama tulis yang ni 

DOING: Apa yang ingin saya lakukan?

BEING: Saya ingin menjadi apa

HAVING: Apa yang ingin saya miliki

CREATING: Apa yang ingin saya ciptakan

EXPERIENCING: Apa yang ingin saya alami

CONTRIBUTING: Apa yang ingin saya sumbangkan

Lepas tu muka surat kedua tulis 

Impian saya (nama anda) adalah: 

untuk nak tulis impian refer pada muka surat satu. contohnya apa yang saya nak lakukan? 

impian saya nak travel ke new zealand pada disember 2018

dan seterusnya 

3. Buat impian secara spesifik dan jelas. Ramai orang tulis general je impian. 
contohnya "saya nak keluar negara". 

Luar negara tu ke mana? 
Bila nak pergi? 
Dengan siapa nak pergi? 
Naik kapal terbang apa? 

Jika nak jelas lagi dalam buku impian tu tampal gambar-gambar yang membuatkan anda lebih jelas dengan impian anda. 

4. Yakin yang Allah akan memakbulkan impian kita. Tak usah ragu tak usah rasa 'boleh ke?' Sandarkan impian kita pada Allah, 

Ini kerana kalau bumi yang besar ini pun Allah ciptakan apa la sangat dengan impian korang yang kecik tu.

Jadi, setiap orang harus tulis impian. Bila dah setahun atau 6 bulan tengok balik buku impian anda dan 'cross' mana dah capai. 

Kadang-kadang boley nangis, "eh rupanya ada dalam impian aku atau eh dah half rupanya impian aku dah tercapai"

Korang dah buat buku impian? ada yang dah capai impian dalam buku 101 impian? 

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan