Amalkan 'Military Diet': Selamat dan Berkesan Tak?

By Huwaida - Februari 07, 2018

Memang tak dapat dinafikan Military Diet atau diet yang intensif dapat membantu kita mengurangkan berat badan dengan cepat. Akan tetapi, apa yang dibimbangkan adalah intensif diet sebegini akan menaikkan kembali berat badan kita lebih dari apa yang dah hilang sebelumnya.

Pada kebiasaannya, Military Diet disusun dengan menu diet yang mempunyai kalori yang teramat rendah. Jadi, adalah sangat tidak mustahil untuk hilang 5 kg dalam masa satu minggu. Selain itu, Military Diet adalah program diet yang tidak mengandungi jadual senaman.


Contoh menu Military Diet adalah:

  • Sarapan : 1 keping roti bakar dengan maksimum 2 camca mentega kacang. 1 cawan kopi atau teh O dan 1/2 cawan anggur.
  • Makan Tengahari: 1 keping roti dengan maksimum 1/2 cawan ikan tuna  dan 1 cawan kopi atau teh O.
  • Makan Malam: 3 auns atau 0.085 kg daging, 1 biji epal, 1/2 biji banana dan 1 cawan kacang hijau.
  • Pencuci Mulut: 1 cawan aiskrim vanila.
Menu-menu kat atas tu macam omputih sikit. Kalau di 'melayu'kan pun, mungkin boleh tukar roti kepada nasi. Nampak kan betapa melampau ekstremnya menu Military Diet ni. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh sahaja mencari menu Military Diet ini melalui carian Google.

Siapa yang patut mencuba dan patut menghindari Military Diet?

Military Diet ini sangatlah disyorkan kepada mereka yang berada dalam keadaan perlu segera kurus. Tambahan lagi, memang menu Military Diet ni memang memang berbaloi dari segi harga sebab anda akan makan makanan yang betul-betul makanan. Bukannya makanan yang telah diproses, atau makanan tambahan.

Akan tetapi, apabila diet kalori rendah ini selesai, perasaan untuk mengambil makanan kalori tinggi akan kembali. Dan bagi yang berumur 50 tahun keatas, pengambilan diet yang terlalu rendah kalori sangat bahaya.

Langkah yang perlu diambil untuk yang mahu mencuba Military Diet

Kebiasaannya, diet rendah kalori yang melampau tidak dapat menjamin untuk penurunan berat badan yang berterusan apabila kita berhenti rutin diet ini. Hal ini kerana diet sebegitu berisiko untuk menyebabkan kita menambah semula berat badan yang hilang selalunya dari otot dan air.

Terdapat kajian yang menyatakan penurunan berat badan yang selamat adalah sekitar 1 kg seminggu sahaja. Oleh itu, sebelum kita menukar menu diet kita, adalah amat digalakkan untuk kita merubah gaya hidup kita. Merubah gaya hidup kepada yang lebih sihat juga adalah sesuatu kerja keras. Bezanya, kerja keras seperti ini akan terjamin sentiasa berbaloi.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan