Jalan-Jalan Cari Pokok Hiasan Murah

By Huwaida - Januari 21, 2018

Hari minggu adalah peluang untuk meluangkan waktu bersama keluarga. Bukannya hari-hari biasa tiada masa untuk bersama keluarga, tetapi masa yang ada sangat terhad. Dan apa yang difikirkan pada hari-hari biasa sebagai pencari nafkah adalah bekerja. Alhamdulillah, Allah izinkan kami sekeluarga untuk bermusafir pada hujung minggu ni.

Sebenarnya, bukan merancang pun untuk pergi bercuti. Kebetulan Mr Hubby dijemput menghadiri majlis penghargaan untuk peserta ICQCC dari MPC. Apalagi, minta la untuk tumpang sekaki. Sebab teringin sangat nak pergi Sungai Buloh untuk beli pokok hiasan murah. Majlis penghargaan tu hari Jumaat. Jadi, Mr Hubby kerja separuh hari pada hari Khamis sebab nak bertolak ke Petaling Jaya pada hari tersebut.

Taman dan kolam ikan di MPC HQ
Selepas selesai urusan di MPC pada pagi Jumaat tu, terus pergi selesaikan urusan Mr Hubby dengan Maybank Auto Finance dan seterusnya bertolak ke Putrajaya. Sebenarnya tak rancang nak bersiar mana-mana pun kat Putrajaya. Mr Hubby cuma nak bersolat Jumaat di sana. Alang-alang sampai sana, kami bersiar-siar sana sampai malam.

Antara gambar kenang-kenangan di Masjid Putra
Dan esoknya, hari yang dinanti-nantikan. Sebenarnya tak puas sangat datang ke Kampung Melayu di Sungai Buloh ni. Sebab sempat pergi jenguk 3 kedai ja. Itu pun kalut-kalut. Sempat beli 3 jenis pokok je 😭. Sebabnya, Mr Hubby kerja esoknya, jadi terpaksa balik awal. Tapi, Alhamdulillah. Syukur kerana diberi kesempatan untuk datang tengok sendiri betapa murahnya pokok hiasan dan pokok-pokok lain kat sini.

Bayangkan, pokok betik yang kecil harganya RM2. Manakala, pokok hiasan harganya RM10 yang mana kalau beli di Paka, Dungun atau Kerteh ni, harga pokok sekecil tu boleh mencecah RM50. Itu tak habis menjelajah lagi kedai-kedai lain atau sebetulnya rumah kedai. Sebab penjual-penjual pokok kat sini cuma membuka nurseri di kawasan halaman rumah sahaja.

Nampak tak ada pokok di belakang budak tak ada gigi tu😉
InsyaAllah, memang rancang nak datang lagi ke Sungai Buloh ni. Mungkin kena bawak kereta yang kosong ataupun kereta bonet besar. Nak juga beli pokok-pokok berbunga. Baru la meriah halaman rumah. Betul tak? Semoga Allah permudahkan dan memberi peluang kepada kami untuk ke sana lagi.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan