Tinta Buatmu~

By Huwaida - Jun 20, 2011

Pertama kali menjejakkan kaki ke pusat pengajian yang lebih jauh dari rumah, aku menjadi agak gelisah. Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran.
Bagaimana kehidupan aku selepas ini? Dapatkah aku sesuaikan diri? Maklumlah sepanjang hidup aku selama 18 tahun sebelumnya, aku tidak pernah merasai pengalaman berada di asrama. Tapi, sebenarnya aku agak 'excited' untuk merasai pengalaman baru seperti itu.hehe.

Tak sabar juga untuk mengetahui siapalah gerangannya yang bakal menjadi teman sebilikku. Jadi semasa mengambil kunci bilik, aku cuba mengintai senarai nama yang berada di meja pendaftaran itu. Bilik ZC 305B, Zainab Al-Jahsyi College, tingkat tiga, bilik nombor 5 di blok B. Setiap bilik akan ada 4 penghuni. Jadi, apabila melihatkan senarai nama itu, aku adalah orang terakhir yang mendaftar untuk bilik itu. Aku cuba menghafal setiap nama yang ada di situ dan tertarik dengan satu nama yang bermula dengan 'Che'. Tak pernah ada rakan sekolahku dulu yang namanya bermula dengan gelaran itu. Aku menjadi tertanya-tanya bagaimana agaknya orang itu? Yang pastinya, aku tidak langsung dapat mengingati semua nama teman sebilikku ketika itu.hehe. Yang aku ingat hanyalah, akan ada yang memakai gelaran 'Che' nanti. Kalau nak plotkan setiap babak-babak yang berlaku ketika itu, sudah tentu post ini akan menjadi terlalu panjang. Oleh sebab itu, aku akan cuba pendekkan post ini kerana post ini didedikasikan khas buat salah seorang dari mereka (yang bergelar 'Che' tu, hehe..) sempena ulang tahun kelahiranya.

Aku bukanlah seorang yang mudah masuk dengan semua orang. Agak pendiam pulak tu. Jadi, seperti masih ada 'iceberg' yang mungkin belum pecah antara aku dan mereka pada semester pertama bersama. Ironinya hidup ini, tak sangka, apabila ada antara kami yang terpaksa berpisah bilik buat sementara, perasaan rindu membuatkan kami bertambah mesra. Sehinggalah, pada tahun terakhir di CFS,IIUM, kami merancang untuk menjadi teman sebilik semula. Pelbagai suka duka yang kami lalui. Semuanya banyak memberi pengajaran buatku. Terima kasih semua.



Nama sebenar insan yang bergelar 'Che' itu adalah Che Aidil Idura binti Che Hussin. Tapi, nama panggilan kami kepadanya hanyalah 'Ja'. Sewaktu pertama kali memperkenalkan diri, dia seperti dapat meneka reaksi kami semua. Jadi, dia memilih untuk memperkenalkan diri sebagai 'Ja'. Namun, sudah tentu kami akan menanya nama sebenarnya. hehe. Mungkin dia merasa sukar ketika itu untuk menerangkan kepada kami. Tapi, dia agak bersabar untuk menerangkannya sehingga kami semua memahami cerita di sebalik namanya itu. Kelakar dan mungkin agak menyusahkan jugak aku ni, kadang-kadang aku bertanya lagi pada masa yang lain apabila aku tidak dapat mengingati ceritanya itu. Tapi, dia masih tetap sabar menjawab. "Terima kasih Ja."

"Ja, Ja sebenarnya dah mengajar waida banyak benda. Teringat sewaktu kita berkejar-kejar pergi ke majlis ilmu. Teringat sewaktu kita tak selalunya merancang untuk pergi ke sana dan keputusan untuk pergi adalah 'on da spot'. Yang pentingnya kita tak selalu 'on time'(waida punya pasal la ni), tapi kebanyakan ceramah pasti 'on time' dengan kita. hehe.Pernah jugak kita cuba membahagikan majlis ilmu yang boleh di pergi lantaran terlalu banyak majlis ilmu yang ada ketika itu. Dan setiap dari kita akan cuba 'summary'kan apa yang diperoleh dari majlis tersebut apabila pulang ke bilik. Apabila solat berjemaah bersama, kita sering 'argue' untuk memilih imam. Tapi, akhirnya masa telah mengubah kita, setiap orang seperti sudah di'set'kan untuk jadual imamnya. Sewaktu makan bersama,tidur bersama, mengintai dicerok tingkap jiran depan dan membaca novel bersama serta macam-macam lagi bersama, saat-saat tersebut terasa tersangat indah. Apapun,'ukhwah fillah' sememangnya sangat memberi kesan kepada hati.Waida bukanlah sebaik mana, tapi Ja, Fae dan Yana tetap bersabar dengan waida. Terima kasih semua. Ja, semoga Allah panjangkan umurmu dalam kebajikan dan murahkan rezekimu dengan redhaNya. InsyaAllah, ukhwah fillah ilal jannah, (^_^)"

-18hb Rejab 1432H, 20hb Jun 2011M-

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan