#R.E.S.A.H#

By Huwaida - Jun 05, 2011

Cuti semester kali ini memang sangat panjang. 5 bulan. Tapi,hampir dua bulan dah berlalu. Seronoknya cuti ini,semasa dapat ambik kelas pangajian ala pondok di Kolej Universiti Insaniah(KUIN). Sayangnya kelas tu dua minggu ja. Tapi,banyak rasanya yang dapat dipelajari dalam waktu sesingkat itu. Tambah lagi,lebih berganda-ganda banyak rasanya yang belum dipelajari.

Terasa kerdilnya diri bila ada kesempatan untuk mempelajari ilmu-ilmu seperti itu. Sayunya hati bila ingatkan waktu kematian yang bakal dilalui. Sungguh, andai kata nyawaku dikembalikan kepada Rabbnya, aku akan berkata "Ya Allah,sesungguhnya waktu keberadaan aku di dunia ini sangatlah singkat. Terlalu banyak lagi yang aku masih jahil dengannya. Bahkan,hampir tidak sedikit pun yang aku tahu. Mahu kiranya aku meminta untuk dikembalikan ke dunia. Namun, andai Kau kembalikan aku ke dunia,aku masih juga tidak dapat berjanji yang hasilnya akan lebih elok. Sungguh, dengan rahmatMu juga aku akan dapat mengecapi syurgaMu".



Untuk teruskan hidup, kita perlukan pertolongan Allah. Bahkan untuk teruskan hidup dalam kebaikan juga perlukan rahmat Allah. Dimatikan dalam kebaikan juga perlukan rahmat Allah. Tika amalan kita dihitung, kita masih perlukan rahmat Allah lantaran betapa jahilnya kita semasa beramal. Entah salah entah benar. Entah betul entah pincang. Entah diterima atau sebaliknya. Jadi, untuk diterima ke syurga juga perlukan rahmat Allah.

Bila dihitung-hitung kembali waktu yang aku ada semasa cuti ini, banyak waktu yang sepatutnya aku dapat luangkan untuk menimba lebih banyak ilmu. Ya Allah, berilah hambaMu kekuatan untuk berbakti kepadaMu kerana dengan rahmatMu jua aku mampu berbuat sedemikian.

**pssst:dalam hati ada sabut

-3 Rejab 1432H-

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan

  1. yda,sy pun pening.tak tao dok wat mende.huk2x.:(

    BalasPadam
  2. chihiro:jom hafal juzuk a'mma bg habis~

    BalasPadam