Nak Beli!!!

By Huwaida - Disember 03, 2010

Lama juga tinggal wall ni. Dah bersawang agaknya. Malas rasanya nak menulis. Tapi, alang-alang dah ter'sign in' blog ni, tulis je la sesuatu yang boleh dikongsi-kongsi. Kalu post yang lepas saya ada tulis yang tak sabar sangat nak baca buku yang terakhir yang kawan saya, Sabati pinjamkan. Agaknya apa erk tajuk buku tu??? Best sangat... nak beli!!!emmm..mesti beli nanti..Walaupun dah baca, teringan nak wat koleksi peribadi.

Buku yang saya teringin sangat nak jadikan koleksi tu nipis jer. Ada 169 muka surat semuanya. Tapi, "Don't judge a book by its cover". Terlalu banyak kiranya bait-bait kata yang perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian diriku yang kerdil ini.

"Bukan soal apa yang dilihat, tetapi bagaimana kita melihatnya". Nah, inilah ulasan ringkas penulis untuk bukunya ini. Mukadimahnya diterangkan dengan jelas sekali kepada pembaca: "Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan". Kepada sesiapa yang pernah mentelaah buku ini, pasti tersenyum melihat post ni. (hehe..maklumlah lambat sikit, baru dapat hidayah agaknya. Barulah berkesempatan membacanya)



Yup, inilah buku yang teringiiinn sangat nak dibeli. Nota Fikir untuk Zikir karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Moga dimurahkan rezeki oleh Allah untuk membelinya. Ameen~

-26hb Zulhijjah 1431-

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan