Manisnya Masih Terasa~

By Huwaida - Jun 17, 2010

"Wahai sayap kiri perjuangan...Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu..Dan janganlah engkau sesekali merendahkan dirimu..Menggugurkan diri..Menyembah tanah..Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu.."

-Status terakhir adindaku di laman facebooknya.-

Pertama kali berjumpa adalah semasa sesi temuduga junior-junior untuk jawatan 'Welfare Bureau of PRESSS'. Mungkin semasa itu, diriku masih tidak begitu mengenali dirinya. Kami mula bermesej bilamana 'AGD PRESSS' hampir tiba. Mungkin dia agak berdebar untuk bermanifesto pendek pada AGD itu nanti. Banyak soalan yang ditanyakan kepadaku.Selepas AGD itu berakhir,dia tidak terpilih untuk jawatan 'ASST HEADCOMM WELFARE'. Tapi, kami telah memilihnya untuk menjadi setiausaha.

Dia seorang yang sangat ceria dan selalu tampak cergas. Hampir setiap malam dia akan mesej untuk ucapkan selamat malam. Walaupun ucapan itu nampak ringkas, tapi katanya dulu, baginya ia amat bermakna. Pernah sekali diri ini membalas mesej itu pukul dua pagi lebih kerana ada assignment yang masih belum disiapkan. Aku tidak sedar yang tindakan ini telah membuatkan dia risau. Dia terus membalas mesejku untuk bertanyakan khabar.hehe. "Terima kasih adindaku sayang."

Dulu, setiap kali pergi melawat biliknya, dia mesti akan tercari-cari makanan untuk menjamuku. Ingat lagi, pernah sekali, tinggal hanya sebiji pisang dibiliknya. Tapi,dia tetap mahu memberinya padaku. Manisnya pisang tu. Habis sahaja pisang itu aku jamah, terasa ingin lagi satu. Acap kali jugak selepas itu aku bertanya teman-teman sebilikku, dimana lagi pisang ada terjual? Sampaikan ada yang bertanya, "Waida suka makan pisang erk?" Masa tu, tak tahu bagaimana harus ku jawab. Sebab musababnya seperti ada yang tidak kena.hehe. "Terima kasih Atim. Sebenarnya, sampai hari ni, kak Waida tak jumpa-jumpa pun pisang yang macam Atim bagi dulu"

Apabila diriku telah berhijrah ke Kampus Kuantan, lama rasanya kami tidak berhubung. Tapi, jauh disudut hatiku, aku menunggu dia untuk berjumpa di Kampus Kuantan. Tak sampai sebulan lagi masanya. Namun Allah lebih menyayangi hambaNya itu.

"Fatima Zurwanti bt Zukifly telah pulang ke Rahmatullah jam 2.10pm 16 Jun 2010,4 Rej 1431H. Sama-sama kita berdoa agar Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.Al-Fatihah."

-Innalillahi Wainna ilaihi Rajiuu'n-

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan

  1. kawan, sahabat dan teman kepada arwah13 Ogos 2010 6:15 PTG

    arwah atim memang sangat disayangi oleh sahabat2. seorang yg sgt ceria dan kehadirannya di sisi sentiasa menghidupkan suasana. selalu ambil berat terhadap orang lain, senang di mintak tolong, jujur, sangat mghargai orang lain dan baik sangat. pemergian arwah sangat terasa hingga saat ini. namun, kasih sayang Allah melebihi kasih sayang manusia. Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 arwah. Al-fatihah.

    BalasPadam