Di Mana Bahagia?

By Huwaida - Disember 08, 2009

Hidup ini ujian. Kesusahan itu ujian. Kesenangan itu juga ujian. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat 35:

كل نفس ذآئقة الموت ونبلوكم بالشر والخير فتنة والينا ترجعون

35. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan Hanya kepada kamilah kamu dikembalikan.

Sarat kiranya kandungan al-Quran yang memberi peringatan kepada kita bahawa hidup ini satu ujian. Beruntunglah kita sebagai Muslim kerana kita telah diingatkan sebegini rupa. Orang yang mengetahui sesuatu sebelum merasakan sesuatu yang berat tentu akan menjadi lebih ringan tatkala ia merasakannya. Lain pula jadinya jika ia berlaku disebaliknya. Tentu orang itu akan merasa terkejut kerana tidak menyangka sesuatu seperti itu akan berlaku kepadanya dan merasa sulit sekali untuk menghadapi kesusahan itu.

Kebahagiaan itu ada dekat di sini. Di mana? Dekat di hati kita. Andai hati ini sentiasa dibajai dengan iman dan taqwa, disirami dengan ilmu, dan disinari nur Ilahi, sudah tentu ia akan sentiasa sibuk merasakan kasih saying-Nya. Tidak kiralah saat diuji dengan kesusahan mahupun kesenangan, dia akan tetap merasakan itulah yang terbaik untuknya.

Pernah berkata al-Imam Syafi’e:
“Banyak mata yang terjaga, banyak pula yang tertidur memikirkan persoalan yang sudah ataupun yang bakal terjadi. Tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah. Kelmarin Allah telah menolongmu. Percayalah, esok pun Dia masih akan tetap menolongmu.”

-21 Zulhijjah 1430-

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan